Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025 dari kami di Cartel Coffeeshop. Kami ingin mengucapkan salam penuh kasih buat semua pelanggan, sahabat dan keluarga Cartel yang telah menyokong kami sepanjang bulan Ramadhan ini.
Sebagai tanda meraikan Syawal bersama keluarga tercinta, Cartel Coffeeshop akan ditutup sementara waktu dari 30 Mac hingga 5 April 2025. Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada 6 April 2025, dengan menu baharu dan senyuman seperti selalu.
Dan supaya kamu menyempurnakan bilangan (puasa) dan membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Surah Al-Baqarah, 2:185
Kami amat menghargai setiap kunjungan, tempahan buffet, dan review yang anda berikan sepanjang bulan Ramadhan. anda semua telah mencipta suasana yang menjadikan Cartel lebih dari sekadar restoran — ia satu komuniti.

Apa yang bakal muncul selepas Raya?
- Menu Western Fusion baharu seperti Fish and Chips dan Billy the Goat Burger
- Kami akan beroperasi pada waktu makan tengah hari denagn Lunch Menu baharu
- Tempahan Event Space kini dibuka dengan pakej kambing golek
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Nikmati Raya anda bersama keluarga tersayang, dan jumpa anda kembali di Cartel selepas 6 April. Kami tak sabar nak sambung serve makanan kepada pelanggan kami!